Monday, July 22, 2024
HomeInformasi & KabarMasiroh Audah Kubro

Masiroh Audah Kubro

Tahukah kalian apa yang bakal berlaku di Gaza pada hari esok, Jumaat 30 Mac 2018?

Gaza akan menyaksikan ribuan malah mungkin puluhan ribu penduduknya berarak untuk menuntut hak pulang ke tanah asal mereka, dan dengan nama Masirah Audah Al-Kubro atau ‘The Great Return March’, ia bakal mencatat sejarah sebagai perarakan terbesar seumpamanya di Gaza.

Tetapi apa yang sebenarnya membuatkan perarakan kali ini cukup berbeza?

Ia adalah destinasi perarakan; iaitu sempadan Gaza – tanah haram Israel yang merupakan kawasan zon tentera dan ‘no-go area’.

Sejak mula dikepung, penduduk Gaza tidak berani mendekati sempadan Israel ini yang dikelilingi pagar elektrik dan dikawal kereta kebal serta kenderaan berperisai tentera Zionis yang diberi arahan ‘shoot to on site’ sekiranya berasa terancam, sehinggakan kerajaan HAMAS sendiri melarang ia didekati atas sebab keselamatan.

Tetapi lantaran kepungan yang berterusan, sekatan ekonomi yang membunuh dan jalan keluar daripada krisis gawat yang tidak kelihatan, menyebabkan rakyat mengambil tindakan nekad ini.

Maknanya, penduduk Gaza sudah terdesak sampai ke tahap nyawa mereka diletakkan sebagai gadaian, yang penting sesuatu perlu berubah!

Perarakan ini yang dilancarkan bersempena sambutan Hari Tanah Palestin setiap 30 Mac, bukan sekadar perarakan. Ia akan berjalan dan berterusan sehingga 15 Mei 2018, sambutan ulangtahun Peristiwa Nakbah.

Kem-kem telah didirikan berdekatan pagar pemisah, tanah diratakan sebagai padang bola yang akan menyaksikan kejohanan bola di sana, malah beberapa kelas universiti akan dipindahkan dan diadakan di bawah khemah di sebelah sempadan.

Inilah makna sebenar, ‘desperate times call for desperate measures’ – kempen yang mungkin dilihat gila dan mencucuh sarang tebuan, tetapi penduduk sudah sampai ke kemuncak marah dan mencari jalan keluar.

Angin perubahan ‘secara paksa’ ini telah seminggu dua bertiup, apabila beberapa insiden pemuda Gaza masuk ke bumi haram Israel dan menyelinap sehingga ke penempatan haram, membakar jentera tentera dan kenderaan berperisai mereka tanpa dapat ditangkap, menimbulkan kegusaran bangsa penakut ini, sehinggakan penduduk penempatan haram berdekatan sempadan Gaza diarahkan membawa senjata apabila keluar dari rumah, dan 100 penembak tepat ‘sniper’ diarah mengambil posisi sepanjang sempadan.

Apa yang bakal berlaku esok, berapa nyawa yang bakal terkorban, berapa liter darah akan mengalir, tidak ada yang tahu.

Yang pasti, saya telah nekad akan menyertai nukilan sejarah ini dan akan berkongsi rentetan peristiwa melalui facebook Nadir Al-Nuri dan Instagram : nadiralnuri.

Bagi pihak kalian pula, ada sesuatu yang perlu saya sebutkan. Ketahuilah bahawa umat Gaza ini, saudara-saudari tuan-puan di Gaza, sehingga hari ini terus yakin dengan janji dan pertolongan Allah, hasil ihsan dan sokongan berterusan kalian.

Bayangkan di tengah gawat, tiba-tiba ada NGO yang menghulurkan pek makanan, atau sepasang baju untuk anak mereka yang telah setahun tidak berbaju baru, atau sekadar bantuan kelas tuisyen percuma untuk anak mereka yang bakal menduduki SPM.

Semua ini adalah sebahagian projek yang sedang kami laksanakan, dan kami memerlukan bantuan yang lebih besar daripada pembaca. Projek sepasang baju untuk 200 anak yatim Khan Younis baru mencecah RM850 daripada sasaran asal RM20 000, pek makanan bernilai RM100 sepek, baru 100 yang ditaja dan kelas tuisyen Bahasa Inggeris percuma memerlukan dana sebanyak RM4000 untuk dua bulan.

Kalau bukan kita, siapa lagi yang akan meniupkan semangat ke dalam hati mereka ini? Kalua bukan kita, siapa lagi yang akan SHARE dan hebahkan keterdesakan mereka ini? Kalau bukan kita, siapa lagi yang berkejar membantu meringankan beban saudara seagama mereka di Gaza pada malam Jumaat, mendekati bulan Ramadhan ini.

Bantu kami membantu mereka dan sumbangkan ke akaun Maybank NGO Persatuan Cinta Gaza Malaysia 5648 1050 7826 dan whatsapp info sumbangan kepada saya Nadir Al-Nuri di Gaza ke +60197095092 dengan hashtag #hatikamidigaza, dan kongsikan seluas-luasnya kepada keluarga dan rakan.

Kalau esok, ada peluru yang sudi singgah ke batang tubuh saya, saya serahkan tanggungjawab membela bumi Al-Aqsa ini kepada kalian.

Nadir Al-Nuri,
Gaza.
29 Mac 2018.

p/s : Gambar sempadan dengan latar-belakang tanah haram Israel yang diubah menjadi padang bola sementara agar di’imarah’kan esok.

RELATED ARTICLES

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

- Advertisment -

Most Popular

Recent Comments

Noersatrio Harsanto on INDONESIA AKAN DIKEPUNG RELAWAN ANIES
sukirno on BUNUH DIRI PPP